Bangkok Berbaloi ke?
- ig: HuzelsB
- Mar 16
- 2 min read
Bangkok Berbaloi ke? Jom Kita Tengok!
Bangkok memang antara destinasi paling popular di dunia. Tapi betul ke bandar ni berbaloi untuk kita travel? Kalau korang tengah plan nak ke sana, jom kita tengok dari segi kos, makanan, tempat menarik, dan pengalaman keseluruhan.

1. Kos: Murah ke Mahal?
Kalau nak travel bajet, Bangkok memang tempat yang sesuai sebernanya
Penginapan: Ada banyak pilihan, dari hostel murah (RM40 semalam) sampai hotel yang so so untuk family
Pengangkutan: BTS Skytrain & MRT memudahkan perjalanan dengan harga serendah RM2. Harga untuk Grab/Bolt pun sebernanya agak murah ya, kadang harga Bolt lagi murah berbanding naik train.
Makanan: Bergantung jugak dekat tempat tapi kebanyakkan makanan halal sebernanya dalam RM10–RM20
2. Makanan: Syurga Untuk Kaki Makan!
Kalau korang suka makan, memang rugi kalau tak pergi Bangkok. Ada banyak pilihan makanan yang sedap dan berpatutan. Sumpah rugi kalau tak food hunting.
Street Food: Wajib cuba Pad Thai, Som Tam, Mango Sticky Rice, dan Sate Thai. Pasar macam Chatuchak, Chinatown & Pratunam penuh dengan makanan yang menggoda selera.
Makanan Halal: Jangan risau, banyak restoran halal di kawasan Nana, Pratunam & Bang Rak yang jual makanan Thai, Timur Tengah, dan India.
Cafe Aesthetic: Bangkok juga ada banyak kafe cantik dan trendy kalau korang suka lepak sambil minum kopi & makan dessert sedap!
Pendek kata, kalau datang Bangkok, jangan diet! 😂
3. Tempat Menarik: Ada Apa Je Kat Bangkok?
Bangkok ada pelbagai tarikan, dari tempat bersejarah sampai tempat shopping gila-gila.
Grand Palace & Wat Phra Kaew – Tempat wajib lawat untuk tengok keindahan istana & kuil bersejarah Thailand.
Museum Ancient City - Ni antara yang paling best, ia merupakan Museum Open Air paling besar di dunia. (tips: better explore guna buggy car atau basikal sbb mmg luas!)
Wat Arun – Salah satu kuil tercantik, lagi-lagi masa matahari terbenam.
Chatuchak Market – Syurga untuk kaki shopping! Macam-macam ada, dari baju murah sampai ke souvenir
Khao San Road – Tempat terkenal untuk nightlife & makanan murah.
Shopping Malls (MBK, Siam Paragon, Terminal 21) – Dari barang branded sampai fesyen murah, semua ada
Memang confirm tak bosan kalau bercuti kat sini
Kesimpulan: Berbaloi Tak Bangkok?
Jawapannya: YA, memang berbaloi! Bangkok ada segala-galanya – murah, makanan best, tempat menarik, dan pengalaman yang takkan dilupakan.
Tapi kalau korang tak suka tempat sesak, panas, atau jalan jammed, mungkin Bangkok bukan pilihan terbaik. Tapi kalau nak pengalaman travel yang best tanpa perlu belanja yg terlalu besar, Bangkok memang destinasi yang patut ada dalam bucket list korang.
Komentar